Angkatan tentera laut memegang
penguasaan laut (command of the sea) apabila ia terlalu kuat hinggakan pesaingnya tidak mampu menyerang secara langsung. Juga dipanggil
pengawalan laut, dominasi ini mungkin berlaku untuk perairan di sekelilingnya (iaitu
pesisir pantai) atau boleh meluas jauh ke lautan, yang bermaksud negara ini mempunyai
angkatan laut lepas. Ia bersamaan
tentera laut dengan
penguasaan udara.Dengan penguasaan laut, sesebuah negara (atau sekutu) dapat memastikan kapal tentera dan kapal dagangnya boleh bergerak secara bebas, manakala pesaingnya samada dipaksa kekal di pelabuhan atau cuba mengelaknya. Ia juga membolehkan penggunaan bebas operasi amfibia yang dapat mengembangkan pilihan strategik pangkalan darat. Paling terkenal,
Royal Navy British memegang penguasaan laut untuk jangka masa yang panjang dari abad ke-18 hingga awal abad ke-20, membolehkan pihak Britain dan sekutunya untuk berdagang dan memindahkan tentera dan bekalan dengan mudah pada masa perang walhal musuh-musuhnya tidak mampu (kepentingan tersebut ditunjukkan dalam
lagu patriotik terkenal British, "Rule Britannia!," yang mengandungi bahasa penafsiran, "Britannia Memerintah! Britannia menguasai samudera", walaupun ianya bukan subjek asal puisi tersebut). Sebagai contoh, Britain mampu
menyekat Perancis semasa
Perang Napoleon,
Amerika Syarikat semasa
Perang 1812, dan
Jerman semasa
Perang Dunia I. Dalam tempoh pasca
Perang Dunia Kedua, pihak Amerika Syarikat telah mendapat penguasaan laut.Hanya sedikit tentera laut yang boleh beroperasi sebagai angkatan laut lepas, tetapi "banyak Negara yang menukar
angkatan laut perairan kepada angkatan laut lepas dan ini akan meningkatkan penggunaan tentera
zon ekonomi eksklusif asing [zon litoral hingga 200 batu nautika (370 km)] dengan kemungkinan kesan bagi aturan ZEE."
[1]